Awie - Rozana Masih Suami Isteri

Dia masih isteri saya - Awie 

 photo Awie-Wings-dakwa-Rozana-masih-isterinya_zpskn1v5hj4.jpg
Muka depan Kosmo! edisi 05-06-2015

KUALA LUMPUR - Artis dan penyanyi rock terkenal Malaysia, Awie mendakwa, Rozana Misbun, 36, masih lagi isterinya kerana dia tidak tahu langsung mengenai dakwaan wanita itu yang berjaya mendapat fasakh secara taklik daripada Majlis Agama Islam Songkla, Thailand pada 1 November 2014. 

Awie atau nama sebenarnya, Mohd. Azhar Othman, 47, berkata dia sudah tidak percaya terhadap segala sandiwara yang sedang dimainkan oleh Rozana. 

"Saya hairan apabila dia mengaku sudah bercerai dengan saya sedangkan sebelum ini dia sendiri mengeluarkan kenyataan tidak tahu di mana sepatutnya sijil perkahwinan kami dikeluarkan."

 photo gambar-keluarga-Awie-Wings-Rozana-Merrah-Rezzki-Qaseh-Puteri-Aleeya-Antasha-Puteri-Aleefa-Antasha_zps4zepyuwo.jpg

"Kalau dia memang mahu bercerai, kena ikut prosedur. Selesaikan apa yang patut dulu di mahkamah. Jangan sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan sendiri. Saya tidak akan ceraikan dia selagi perbicaraan di mahkamah belum selesai," cerita artis itu ketika dihubungi semalam. 

Semalam, Rozana mendakwa permohonan mahu bercerai berjaya selepas pihak majlis agama Islam Thailand berpuas hati dengan keterangan serta bukti yang diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas dibelasah oleh artis terkenal, Awie.

Wanita itu turut meminta agar Awie mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama penyanyi itu.

Sumber : Kosmo! Edisi 05-06-2015 bersamaan 18 Syaaban 1436H

No comments: