Paris Hilton Datang Malaysia

KUALA LUMPUR - Pewaris empayar Hotel Hilton dan selebriti antarabangsa Paris Whitney Hilton, 33, yang lebih dikenali sebagai Paris Hilton teruja apabila menjejakkan kaki buat kali pertama di Malaysia malam kelmarin.

Namun, ironinya Paris bukanlah datang untuk menginap di Hotel Hilton sebaliknya untuk melakukan persembahan sempena majlis pembukaan pusat komersial Empire City, Damansara, Petaling Jaya malam tadi.

Keterujaan untuk ke negara ini dikongsi penyanyi tersebut menerusi akaun Instagramnya apabila menyatakan perasaan tidak sabar untuk ke Malaysia buat pertama kali bagi menjayakan sebuah persembahan.

"Selamat tinggal Dubai. Saya tidak sabar untuk melakukan persembahan di Malaysia," lontarnya melalui sekeping gambar di Instagramnya kelmarin.

 photo Paris Hilton Datang Malaysia2_zpsetogszra.jpg

Selebriti sensasi Hollywood tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.15 malam kelmarin dengan menaiki penerbangan Emirates.

Sebaik saja keluar dari balai ketibaan tetamu kenamaan, Paris kelihatan tersenyum dan melambaikan tangan, malah dia sempat membuat aksi flying kiss kepada para peminatnya yang setia menunggu sejak beberapa jam sebelum ketibaannya.

 photo Paris Hilton Datang Malaysia_zpsrezxt3ty.jpg

Tampil dengan gaya kasual mengenakan pakaian sopan dengan skirt labuh, penampilan diva itu dipuji peminat kerana Paris begitu sinonim dengan imej seksi dan gemar berparti.

Kunjungan eksklusif bintang sensasi itu adalah undangan sebagai tetamu khas sebuah acara Party Of The Century yang diadakan malam semalam sempena perasmian pusat komersial Empire City. 

Bertemakan malam penuh Glamour Era 1920-an, kunjungan Paris juga bertujuan meraikan Empayar City sebagai sebuah lokasi hiburan serta gaya hidup yang dijangka menjadi tumpuan ramai sebagai lokasi elit untuk bersantai dan berhibur.

 photo Paris Hilton Datang Malaysia1_zpspgmfw6fk.jpg

Selain Paris, turut membuat persembahan pada acara itu termasuk kumpulan 2AM dari Korea Selatan, seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas, Taboo dan penyanyi Tenor dari Australia Mark Vincent.

Selain terkenal dengan jenama mewah, imej seksi dan gemar berparti liar, penyanyi dan model berambut perang muda itu juga pernah terpalit dengan kontroversi video rakaman lucah dengan bekas kekasihnya, Rick Salomon berjudul 1 Night in Paris yang dibocorkan sendiri oleh Salomon kepada orang ramai pada tahun 2003.

Info Paris Hilton


 photo Info Paris Hilton_zpsld3tnf9y.jpg



Sumber : Kosmo! Edisi 24-01-20015 bersamaan 3 Rabiulakhir 1436H     


2 comments:

gaberialfahrbach said...

Top-rated Tipster in 2021
In this post, we will review tittanium and provide a list of top-rated tipster rocket league titanium white services for you to Top-rated Tipster Services 2019 ford edge titanium for sale · Tipsterster graphite titanium babyliss pro Advisor · Top-Ranked Tipster Services · Top-Ranking Tipster Services titanium frames

Unknown said...

investigate this site cheap sex toys,wholesale sex dolls,sex toys,sex toys,sex chair,cheap sex toys,sex toys,wolf dildo,dildos news