Mamat Sepah Tak Bayar Hutang?

Mamat nafi syarikatnya gagal lunas bayaran punca konsert tergendala

KUALA LUMPUR - Artis pelawak dan penyampai radio Mamat menafikan syarikat miliknya, Ideart Studio sebagai pihak yang bertanggungjawab apabila Konsert Lagenda Rock di Petra Jaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini tergendala gara-gara tidak melunaskan bayaran pendahuluan sebanyak RM100,000 kepada kontraktor pentas. 

 photo Cerita Hutang Mamat Sepah_zpsiqepedqt.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 03-06-2015


Artis pelawak Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Noor Murad, 30, menceritakan konsert tersebut dianjurkan oleh 2 buah syarikat yang menjalankan usahasama bagi merealisasikan jelajah konsert itu kepada peminat rock tempatan. 

"Ada satu lagi syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam urusan pembayaran pentas dan sebagainya. Ideart Studio hanya bertindak dalam urusan pembayaran dan persembahan kepada artis yang terlibat."

"Saya tidak mahu hal ini diperbesar-besarkan tetapi apabila perkara ini sudak merosakkan nama saya sebagai penganjur, sememangnya mengganggu tumpuan saya untuk bekerja dengan baik," cerita artis pelawak ini kepada Kosmo! semalam. 

Hampir 300 peminat muzik dan artis rock tempatan terpaksa pulang hampa apabila Konsert Lagenda Rock yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya di Kuching baru-baru ini hanya berlangsung separuh jalan. 

Difahamkan, konsert yang bermula pada pukul 10 malam itu hanya berlangsung kira-kira sejam selepas ia ditamatkan pada 11 malam ekoran terdapat masalah antara pihak penganjur dengan kontraktor pengurusan pentas bagi konsert itu. 

Mamat yang juga anggota kumpulan lawak Sepah berkata, tiket yang telah dibeli pada konsert yang tergendala itu boleh diguna pakai untuk siri konsert berikutnya.    


Sumber : Kosmo! Edisi 03-06-2015 bersamaan 16 Syaaban 1436H


No comments: