Artis Kita Berfesyen Ala Hollywood

Sekali lagi artis-artis kita diraikan oleh Star Movies dan Astro menerusi acara Breakfast With The Stars seiring dengan penganjuran anugerah berprestij di dunia yakni Oscars yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Acara yang diadakan di Grand Ballroom Hotel JW Marriott bermula dengan acara red carpet pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 petang.

Kira-kira 40 orang selebriti termasuk Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Camelia, Dayang Nurfaizah, Fauziah Latif dan Mawi tampil dengan pelbagai rekaan baju ciptaan pereka tempatan serta antarabangsa sebagai penanda kehadiran Anugerah Oscars sedang berlangsung pada pagi tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting
Jelitawan Erra Fazira begitu menawan mengenakan rekaan Calvin Thoo. Busana electrik blue dan hitam ini membuat Erra nampak lebih langsing. Sayang sekali Erra kalah di tangan Camelia. Adakah kerana penggunaan sarung tangan dengan pakaian ini?



Artis Kita dan juga penyanyi seksi, Camelia dianugerahkan sebagai Best Dressed Celebrity dan akan terbang ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan salah satu anugerah berprestij di negara tersebut pada tahun hadapan.

Antara yang termasuk dalam top 4 adalah artis kita Marsha Af yang mengenakan gaun BCBG Maz Azria, Ning Baizura yang mengenakan Jovian Mandaige dan Erra Fazira yang mengenakan gaun yang direka khas oleh Calvin Thoo.



Buat julung kalinya pihak media termasuk jurgambar dan wakil Star Movies telah bertindak sebagai juri dan memilih pemenang untuk acara Breakfast With The Stars. Keputusan yang dibuat sebulat suara jelas berpihak kepada artis kita Camelia yang mendapat jolokan daripada pihak media 'Angelina Jolie' untuk acara tersebut.

Sayangnya belum sempat keputusan diumumkan, ramai selebriti meninggalkan acara tersebut awal dengan memberi alasan penat dan tidak cukup tidur termasuklah Erra Fazira, Yasmin Hani dan Fauziah Latif . Mereka beredar meninggalkan majlis dua jam sebelum ianya berakhir.

Namun, ramai juga selebriti yang hadir teruja dengan penganjuran Breakfast with The Stars terutamanya di kalangan artis-artis kita yang masih baru.

"Ini merupakan kali pertama saya menghadiri acara Breakfast With The Stars dan saya rasa kagum dengan penglolaan acara ini yang membuatkan kita rasa seakan-akan berada di Amerika Syarikat," ujar artis kita Raja SMS, Mawi yang kelihatan segak dalam sut hitam tajaan Ermenegildo Zegna.

Photobucket - Video and Image Hosting
Imej sempoi Mawi bertukar sekelip mata seakan-akan tokoh korporat dengan sut hitam rekaan Ermenegildo Zegna yang terkenal dengan potongan kemasnya. Siapa saja yang mengenakan sut jenis ini akan kelihatan segak dan kacak.



Walaupun baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bharu pada jam 6 pagi, ini tidak mematahkan semangat Mawi... [lagi]





Sumber : mSTAR Online









No comments: