Enot Tipu Hidap Kanser?

"Cakaplah apa saja" - Enot tak tipu tanggung derita hidap kanser

Kuala Lumpur 

"Kalaulah saya berbohong mengenai penyakit ini, takkanlah doktor dan pihak Yakult masih melayan penipuan ini?" 

Demikian penjelasan pelawak Enot mengenai spekulasi yang mendakwa hasil pemeriksaan kesihatannya baru-baru ini di Jepun tidak menunjukkan dia menghidap kanser seperti yang dimaklumkannya tahun lalu

Enot atau Alliza Abdullah, 37, berkata, orang luar membuat andaian masing-masing berdasarkan perkara yang mereka tidak ketahui.

 photo Enot Tipu Sakit Kanser_zpsfsvcnzyf.jpg

"Sebenarnya ketika pemeriksaan terakhir di Jepun baru-baru ini memang secara kasarnya sudah tidak nampak sel kanser dalam usus saya tapi tak mustahil ia boleh aktif semula." 

"Menurut doktor pada ketika ini memang nampak seperti sudah tidak ada tapi itu belum boleh mengesahkan saya sudah bebas kanser sepenuhnya." 

"Kalau saya tipu sudah tentu doktor halau saya balik. Sebaliknya saya diminta datang semula ke sana untuk pemeriksaan lanjut dalam masa setahun dari sekarang untuk pastikan kanser itu sudah mati sepenuhnya," kata Enot. 

Ura-ura terbaru disampaikan kepada Harian Metro mengatakan Enot berbohong mengenai kanser usus yang dialaminya sejak setahun lalu apabila pemeriksaan terbaru di Jepun bulan lalu menunjukkan sel-sel kansernya tidak aktif. 

Sehubungan dengan itu, beberapa pihak yang bersama-sama menyertai rombongan pemeriksaan kesihatan pelawak itu mula meragui kesahihan masalah kesihatan Enot. 

Enot berkata, dia tidak wajib untuk memberikan penjelasan terhadap sebarang spekulasi yang timbul kerana hanya Tuhan yang mengetahui kesengsaraan ditanggungnya selama ini. 

"Lantaklah mereka nak sangka atau anggap apa sebab saya tak perlu meraih simpati dengan menceritakan segala kesusahan yang saya alami sejak setahun lalu," katanya. 

Enot menambah, dia tidak perlu menipu mengenai soal penyakit kerana ia tidak menguntungkan sesiapa.   

"Walaupun keadaan sekarang beransur okay, tapi saya tetap makan ubat macam biasa bagi mengawal keadaan kesihatan," katanya yang kini dilantik duta produk ubat pelangsing tubuh.

Hampir 350 orang sudah membaca; Enot Hidap Barah Usus

Sumber : Harian Metro Edisi 19-05-2015 bersamaan 1 Syaaban 1436H  
    

No comments: