Ferrari Zizan Razak Kemalangan

Ferrari kuning Zizan kemalangan di Putrajaya

KUALA LUMPUR -  Pembantu peribadi kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak mengesahkan kereta Ferrari milik Zizan mengalami kemalangan di Putrajaya kelmarin.

Menurut Izwan Zailani, 25, kejadian tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, gagal dikawal dan melanggar pembahagi jalan sewaktu selebriti itu dalam perjalanan ke sebuah lokasi penggambaran drama sekitar Putrajaya. 

"Kereta jenis Ferrari F430 itu gagal dikawal dan akhirnya terlanggar pembahagi jalan."

"Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak rosak teruk, manakala Zizan tidak mengalami kecederaan."

Kereta Ferrari baharu model F430 itu dianggarkan berharga RM1.5 juta. 

Dalam pada itu, Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari kuning yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut. 

"Gambar  sebuah Ferrari kuning yang kononnya didakwa oleh beberapa pihak di laman sosial sebagi milik Zizan tidak benar sama sekali. Kerosakan kereta Zizan tidaklah seteruk itu," katanya.

 photo Ferrari Zizan Kemalangan Accident2_zpswrauhw0p.jpg

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya melalui laman sosial Instagramnya semalam dengan meletakkan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

 photo Ferrari Zizan Kemalangan Accident_zpsluqllyt2.jpg


Sumber : Kosmo! Edisi 19-03-2015 bersamaan 28 Jamadilawal 1436H


1 comment:

dee sufi said...

kan baik simpan wang utk masa hadapan. atau beli rumah sebagai asset..kereta susut nilai, sementara rumah pula, semakin lama, semakin tinggi nilainya... kemashuran tak kekal lama