Alyah Enggan Komen Status Kontroversi Instagram

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan kontroversi kononnya seorang wanita yang dikenali cuba memporak-perandakan mahligai yang dibinanya bersama komposer terkenal Datuk Ramli MS, Alyah bertindak mengunci mulut daripada memberi sebarang maklum balas.

 photo perkahwinanAlyah-RamliMS-2_zps7132f2b2.jpg
Muka hadapan Kosmo! 13-01-2015



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu juga seolah cuba 'melenyapkan' cerita panas yang dijajanya semalam apabila hanya mahu bercakap topik di luar kemelut hubungan bersama suaminya ketika dihubungi Kosmo!.

"Saya sudah tutup buku kisah semalam (kelmarin), maaf saya tidak mahu komen lanjut. Fokus saya sekarang hanya untuk AJL (Anugerah Juara Lagu)," ujar Alyah ringkas.

Selepas menggemparkan industri hiburan kelmarin dengan memuat naik sekeping foto suaminya bersama seorang wanita di laman Instagram miliknya, beberapa selepas itu, Alyah bertindak memadam gambar kontroversi itu dan menulis status baharu.

Memetik kapsyen yang ditulis Alyah semalam:


 photo perkahwinanAlyah-RamliMS-S_zpsb668e3d2.jpg
Klik pada gambar untuk imej lebih jelas


"Saya post gambar tadi kerana saya sudah tidak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar itu dari saya berkawan sampai saya sudah berkahwin sering mengganggu hubungan saya.

Yang saya ucapkan pada sesiapa yang menghubungi saya untuk ditemubual adalah tahniah kepada perempuan tersebut kerena berjaya menghancurkan rumah tangga saya.

Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan suami saya berkahwin dengan perempuan itu." 

"Maafkan saya kerana hari ini saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah melakukan kesilapan yang besar tapi janganlah memanipulasi cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar."

Kepada Kosmo! Alyah berkata, dia juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai wanita yang bernama Siti HafilahChe Kar yang dikaitkan dengan Ramli MS.

Dalam reaksi Ramli MS, dia enggan melayan tindakan isterinya itu dan minta khalayak membuat pertimbangan sendiri. 

Alyah dan Ramli berkahwin secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013. Pernikahan pasangan itu terbongkar apabila kediaman Ramli MS di Puchong, Selangor diserbu oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor pada pagi 28 Ogos 2014. 


Sumber : Kosmo! Edisi 13-01-2015 bersamaan 22 Rabiulawal 1436H   

No comments: