Sijil Nikah Palsu - Awie Tak Tahu

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock terkenal, Awie tidak mengetahui sijil nikahnya bersama isteri, Rozana Misbun adalah palsu sehingga dimaklumkan oleh bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undang Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yusoff Abu Bakar kelmarin.

 photo sijilnikahpalsuAwie_zps6026102f.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 08-01-2014


Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia menggunakan khidmat ejen untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia selepas dua hingga tiga bulan bernikah di Songkhla, Thailand. 

Jelasnya, dia tidak mungkin akan membiarkan perkara itu berlaku jika dia mengetahui sijil yang diberikan kepadanya adalah palsu. 

"Hal ini (menggunakan sijil palsu) bukan sahaja akan memudaratkan saya, malah ia akan memalukan anak-anak," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Tambah Awie, dia tidak meragui kesahihan sijil nikahnya kerana dia tidak menghadapi sebarang masalah semasa mendaftarkan kelahiran anaknya-anaknya. 

"Saya yakin dengan sijil ini, jika tidak bagaimana saya boleh mendaftarkan kelahiran tiga orang anak saya," jelasnya. 

Kosmo! semalam melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu status sijil nikah pasangan tersebut didapati palsu selepas semakan dibuat melalui sistem pangkalan data e-Munakahat bagi pendaftaran perkahwinan dan rujuk jabatan agama. 

Semakan itu dibuat melalui nombor MyKad Rozana dan nombor siri sijil nikah sebelum mendapati nama itu tiada dalam pangkalan data sebaliknya tertera nama orang lain. 

Sementara itu, penyanyi rock dari kumpulan Wings itu bernikah dengan Rozana di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2015 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

 photo sijilnikahpalsuAwie2_zps35581a7d.jpg

Namun pada tahun lalu rumah tangga pasangan itu bergolak sebelum Rozana mendakwa Awie tidak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. 


Sumber : Kosmo! Edisi 08-01-2015 bersamaan 17 Rabiulawal 1436H   

  

No comments: