Perkahwinan Ramli MS - Alyah Yang Celaru

Alyah dedah kisah rumah tangga

KUALA LUMPUR - Rumah tangga penyanyi Alyah dan Datuk Ramli MS kembali menjadi persoalan apabila penyanyi berkenaan memuat naik sekeping gambar suaminya di Instagram miliknya bersama seorang wanita lain berserta status yang membayangkan kekecewaan.

 photo RamliMS-Alyah2_zpse4048c2f.jpg

Menerusi gambar berkenaan, Ramli MS kelihatan tersenyum duduk di atas sebuah pelamin bersama seorang gadis muda berusia lingkungan 20-an. 

Menerusi keterangan yang ditulis sendiri oleh Alyah, pelantun lagu Kisah Hati itu menyatakan rintihan hatinya seolah-olah dia dianiaya. 

Menjelaskan situasi berkenaan kepada Kosmo! pemilik nama sebenar Norhasliah Abu Hassan, 34, bagaimanapun masih belum mengesahkan status sebenar wanita yang dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar itu dalam kehidupan rumah tangganya bersama Ramli.

 photo RamliMS-Alyah_zps598869b7.jpg
Alyah dedah kisah rumah tangga.


"Jika apa yang saya rasa betul apa lagi yang boleh saya buat. Tetapi saya tidak tahu sebab itu cerita lama," jawab Alyah ketika dihubungi semalam. 

Ditanya mengenai kesahihan status wanita berkenaan sebagai isteri kepada Ramli, Alyah enggan mengulas lanjut. 

Alyah dalam masa yang sama menegaskan tiada sebarang tindakan akan diambil berhubung situasi yang berlaku termasuk desas-desus dia bakal memfailkan cerai. 

"Saya tidak pernah cakap begitu tetapi saya berserah. Sekiranya Datuk memilih keputusan itu (bercerai), apa lagi yang saya boleh buat," katanya. 

Pasangan Ramli MS dan Alyah berkahwin secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013. Perkahwinan mereka terbongkar apabila kediaman Ramli dan Alyah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor diserbu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 18 Ogos 2014. 

Komen Ramli MS 

Ramli ketika dihubungi Kosmo! menegaskan, beliau enggan melayan tindakan isterinya itu. 

"Terpulang kepada khalayak kalau nak percaya. Saya tak layan benda remeh-temeh," tegas Ramli. 

Ramli turut meminta khalayak untuk membuat pertimbangan sendiri mengenai gambar tersebut. 

Menurut Ramli, sepintas lalu sahaja gambar berkenaan sudah boleh memberitahu orang ramai mengenai 'perkahwinan' mereka sebagaimana yang didakwa oleh isterinya. 

"Berdasarkan gambar itu juga, status wanita itu dapat diagak, adakah dia sekadar peminat biasa atau isteri," ujar Ramli. 


Sumber : Kosmo! Edisi 12-01-2014 bersamaan 21 Rabiulawal 1436H

No comments: