Isteri Awie Kaki Bomoh?

Awie dakwa jumpa patung kemaluan lelaki bersalut emas tulen dan patung sami dipercayai milik Rozana di rumahnya. 

KUALA LUMPUR - Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat daripada logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.

 photo Awiekenebomoh_zps0eda1093.jpg
Muka hadapan Kosmo! 14-01-2015


Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut antara lapan sebab utama Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak jagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.  

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka. 

"Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami penyakit misteri pada 11 Jun 2104 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya," kata Mohd. Zaidi.

 photo DatukMohdZaidiMohdZain_zps5e43123d.jpg

Awie dan Rozana berkahwin di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5. 

Selain perbuatan syirik itu, Mohd. Zaidi memberitahu, Rozana juga didedahkan oleh suaminya sebagai wanita yang menggunakan botox, memasang susuk, membelanjakan wang simpanan suami bagi membeli barangan mewah dan berjenama tanpa pengetahuan suami. 

"Awie juga mengesyaki Rozana ada hubungan sulit dengan lelaki berstatus VIP dan Rozana juga pernah ke luar negara tanpa memberitahu Awie.

"Rozana didakwa tidak mengambil berat kebajikan anak-anak kerana lebih mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak pernah mengadu kepada Awie," jelas Mohd. Zaidi. 

Sementara itu peguam syarie Rozana, Jamal Lokman Mohd. Sulaiman mempersoalkan alasan syirik dan khurafat seperti didakwa kerana Awie membuat dakwaan semata-mata tanpa memberikan bukti kukuh. 

Rozana keihatan tenang sepanjang perbicaraan tersebut.

 photo IsteriAwie-RozanaMisbun_zps924ea72b.jpg

Awie tidak hadir pada prosiding itu kerana terlibat perbicaraan di Mahkamah Majistret Ampang pada hari dan masa sama. 

Prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain. 


Sumber : Kosmo! Edisi 14-01-2015 bersamaan 23 Rabiulawal 1436H