Sharifah Shahora Geram

Artis dan pelakon komedi cabar wanita misteri ganggu rumah tangga muncul.

 photo Sharifah-Shahora-Geram_zpsmupcv1a6.jpg
Muka depan Harian Metro Edisi 02-06-2015


Kuala Lumpur - Artis dan pelakon komedi Sharifah Shahora mencabar seorang wanita misteri tampil bersemuka dengannya selepas mengganggu rumah tangganya dengan pengarah filem Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin sejak beberapa bulan lalu. 

Shahora, 39, berkata, dia bertindak untuk mencanangkan hal itu kepada umum kerana sudah hilang sabar dengan provokasi dicetuskan wanita yang hanya dikenali dengan identiti di media sosial sebagai @madeyanie. 

"Sebenarnya hal ini saya sudah mula syak sejak beberapa bulan lalu, tapi saya tidak mahu melenting sebab tidak ada bukti, tapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini makin menjadi-jadi percubaan wanita itu (menghubungi suami) saya sudah tidak boleh sabar lagi."

 photo Raja-Mukriz-suami-Sharifah-Shahora_zpsrky4uc9d.jpg

"Saya mahu cari dia dan cuba hubungi di media sosial, tapi hari ini (semalam) dia sudah sekat saya. Jadi tidak boleh tengok lagi aktiviti dia yang difahamkan selalu mengintip aktiviti saya dan suami di media sosial." 

"Sebab itu tadi saya sudah keluarkan amaran dan mahu kenal siapa orangnya, tapi dia melarikan diri dan sekat saya pula. Pada saya perbuatan dia melampau," katanya. 

Shahora mencetuskan teka-teki semalam apabila memuat naik beberapa status sindiran dan perbalahan dengan wanita berkenaan, namun tidak berbalas. 

Hasil pemeriksaan ke akaun Twitter artis dan pelakon Sharifah Shahora mendapati wanita terbabit mencetuskan provokasi sejak beberapa bulan lalu. 

Menurutnya, dia tidak mengetahui secara terperinci identiti wanita berkenaan dan dipercayai percubaan individu itu untuk mendekati Raja Mukhriz bermula selepas filem arahan suaminya Ophilia ditayangkan tahun lalu. 

"Ada juga beberapa mesej yang dihantar wanita itu kepada suami saya. Lebih melampau, dia tanpa segan silu beria-ia mahu mendekati suami saya."

Berdasarkan maklumat daripada kawan-kawan, wanita itu mula mendekati suami saya kononnya sebagai pengikut filem itu, tapi lama-kelamaan semakin melarat pula," kata artis itu lagi. 

Justeru katanya, dia berharap wanita berkenaan tidak melarikan diri selepas memulakan konflik dalam perkahwinannya. 

"Hubungan kami suami isteri tidak ada apa-apa masalah cuma biasalah bila suami sudah lama berkahwin memang kami jenis yang buat hal masing-masing dan tidak 24 jam saya mengekori suami."

"Tidak sangka pula dalam keterbukaan hubungan kami itu, ada pula pihak ketiga mengambil kesempatan. Kalau dia berani sangat ganggu suami orang, dia jangan lari bila sudah buat hal," tambah artis Sharifah Shahora.     

Sementara itu, Raja Mukhriz yang dihubungi berkata, dakwaan isterinya itu tidak timbul sama sekali. 

Shahora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008.

Sumber : Harian Metro Edisi 02-06-2015 bersamaan 15 Syaaban 1436H


No comments: