Artis Kita - Linda Onn 'Hilang' Di Red Carpet

KUALA LUMPUR: Apa dah jadi? Ke mana Linda Onn menghilang? Itulah persoalan yang bermain di fikiran peminat apabila penyampai radio Era itu tidak muncul pada acara Red Carpet Anugerah Academy ke-79 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, awal pagi semalam.

Peminat juga tertanya-tanya kenapa Linda menarik diri pada saat-saat akhir, walhal dia sebelum ini diuar-uarkan akan melaporkan acara gilang-gemilang itu kepada penonton di Malaysia.

Melalui Internet, Linda dilaporkan tidak menghadiri acara berprestij itu atas sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ia turut menceritakan desas-desus mengenai pakaian yang bakal diperagakan Linda di acara itu tidak disenangi individu tertentu.

Apapun, sehingga tengah malam tadi, tiada alasan diberikan berhubung penarikan diri Linda itu.

Ketika dihubungi kira-kira jam 11 malam tadi (6 pagi waktu LA), Intan Onn, kakak yang juga pembantu peribadi Linda, memberitahu adiknya sedang tidur dan tidak mahu diganggu.



Apabila ditanya kenapa Linda menarik diri daripada tugasan itu pada saat akhir, Intan memberitahu: “Setakat ini, Linda tidak bersedia memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tunggulah dia (Linda) pulang ke tanah air, 5 Mac ini. Insya-Allah pada masa itu, dia mungkin bersedia untuk menjawab segala pertanyaan.”

Linda yang berlepas ke LA sejak Khamis lalu, sepatutnya berganding dengan pengacara Channel V, Dominic Lau, untuk menemubual artis Hollywood
(bukan artis kita yea. aHAKS!) dalam acara Permaidani Merah.

Bagaimanapun, Naib Presiden Bersekutu Pengedaran dan Pemasaran Serantau Star TV, Nini Yusof yang turut serta dalam rombongan berkenaan ke LA, berkata: “Linda tidak dapat melakukan tugas temubual artis Hollywood (bukan artis kita yea. aHAKS!) kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.”

Nini juga enggan mengulas lanjut mengenai sebab penarikan diri Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu.



Difahamkan, Linda kepenatan selepas seharian bersiar-siar sekitar LA dan pas untuk tugasannya pada acara Red Carpet dipulangkan kepada pihak penganjur.

Ini menyebabkan dia tidak berpeluang menghadiri Anugerah Academy ke-79 itu sebagai penonton.

Nini ketika dihubungi Harian Metro, semalam, tetap berbangga apabila Dominic sempat merakamkan temubual dengan Eddie Murphy, John Travolta, Rachel Weisz, Helen Mirren, Clint Eastwood dan beberapa artis lagi.

Rakaman temubual acara Red Carpet yang sepatutnya berbunyi ‘Red Carpet With Dom & Linda’ disiarkan melalui Channel V (Star Movies 42) pada jam 8 malam tadi.

Linda ketika sidang media pada 19 Februari lalu, memberitahu dia bertuah apabila dipilih Star Movies untuk digandingkan bersama Dominic pada acara berkenaan.



“Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Memang saya ingin ke Hollywood, tapi bukan bercuti, sebaliknya bekerja dan menimba pengalaman di sana.

“Alhamdulillah, peluang itu tiba dengan tawaran yang diberikan Star Movies. Saya harap ia dapat membawa karier saya melangkah lebih maju.

“Jadi saya perlu bersedia kerana kerja penggiat Hollywood berbeza dengan masyarakat di sini. Jika kurang senang dengan soalan yang diajukan, mereka akan berlalu begitu saja. Jadi saya perlu bijak menangani keadaan,” katanya.










No comments: