Berakhirnya Cinta Zizan-Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong mengesahkan hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak sudah berakhir, dia belum bersedia memberikan penjelasan lanjut mengenai apa yang menjadi punca perpisahan mereka. 

 photo Zizan-EmmaMaembong-Putus_zps91add6bd.jpg
Muka hadapan Harian Metro 07-01-2015


"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya," katanya secara ringkas menerusi khidmat mesej WhatsApp kepada wartawan Harian Metro, semalam. 

Ketika ditanya apa yang menyebabkan hubungan mereka berakhir, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, cuma memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi  perkara itu dan akan bercerita lanjut apabila sudah bersedia kelak. 

"Minta maaf, saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita. Terima kasih sebab faham," katanya. 

Ura-ura keretakan hubungan Emma dan Zizan atau Mohd Razizan Razak, 31, mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun pada ketika itu kedua-duanya menyangkal. 

Ia sekali lagi diperkatakan baru-baru ini apabila kedua-dua selebriti ini memberikan beberapa pembayang mengenai perpisahan mereka pada akaun media sosial masing-masing.

 photo Zizan-EmmaMaembong-Putus2_zps0f0fb608.jpg

Dipercayai perpisahan ini dikatakan berlaku atas permintaan Emma. Bagaimanapun, setakat ini masih tidak ada jawapan dan alasan sebenar yang menjadi punca hubungan itu bernoktah. 

Hubungan percintaan pasangan ini mula diperkatakan sejak 2013, namun mereka hanya memberikan pengesahan sekitar April 2014. 

Sementara itu usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada pihak Zizan mengenai perkara ini menemui jalan buntu apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab sebarang panggilan. 


Sumber : Harian Metro Edisi 07-01-2015 bersamaan 16 Rabiulawal 1436H 


No comments: