Abby Abadi & Kekasih Disaman


Jika awal minggu lalu, berita pelakon komedi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Nabil khabarnya akan disaman kerana melanggar kontrak produksi itu, SDAF Pictures Sdn Bhd.

Semalam pula, penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati, Nor Faiz Ahmad Helimi mengesahkan aktres Abby Abadi dan kekasihnya, Zul Ariffin juga telah disaman oleh produksinya, Aficionado Media Sdn Bhd.

Abby dan Zul didakwa telah melanggar kontrak setelah menarik diri dari meneruskan penggambaran drama itu pada Mac tahun lalu kerana pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka.

Photobucket


Lantaran daripada itu, pada April tahun lalu, Nor Faiz telah menyaman kedua-dua pelakon itu.

“Sekarang ini, kedua-dua mereka masih dalam pendakwaan setelah saman dikeluarkan pada April 2009.

“Saya hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak mahkamah dan menyerahkan tugas tersebut kepada peguam saya.

“Setakat itu sahaja yang saya boleh komen kerana tidak mahu menghina mahkamah,” kata penerbit yang sedang dalam proses menerbitkan drama terbaru, Mimpi Sabrina untuk Astro.

Sementara itu, Abby yang sedang sibuk dengan penggambaran berasa bengang dan marah apabila ditanya berhubung kes saman itu.

Abby mempertahankan dirinya kerana mendakwa tidak bersalah dalam hal itu sebaliknya menyalahkan pihak produksi.

Turut terdengar sumber yang mengatakan Abby telah menerima bayaran dan hanya melunaskan separuh saja dari penggambaran telefilem itu.

Namun Abby menafikan dakwaan itu dengan menjawab dia langsung tidak menerima apa-apa bayaran.

“Saya tak dapat satu sen pun,” tegasnya dalam nada marah.

Pelakon drama Gerak Khas itu juga mendakwa penerbit itu telah memburukkan dirinya.

“Saya mendapat tahu perkara itu datang daripada mulut produser. Jadi, produser mana lagi selain dia kerana saya tidak pernah berlakon dalam drama lain dengan Zul melainkan telefilem itu,” ujarnya.

Khabarnya Abby berkecil hati apabila membaca laporan di dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Mac 2009 kononnya dia telah mendesak seorang penerbit drama supaya mengambil Zul berlakon bersamanya.




No comments: