Wings Mobile Apps

Seiring konsep segalanya dihujung jari, band rock terkenal Wings melangkah setapak lagi dengan melancarkan aplikasi Wings Mobile Apps, baru-baru ini sekali gus menjadi band tempatan pertama mempunyai aplikasi sendiri.

 photo Wings Mobile Apps_zpsopsls7za.jpg

Wings yang dianggotai Awie (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum) pastinya mengikuti perkembangan teknologi semasa, sekali gus menjadi landasan meningkatkan jualan single dan album. 

Aplikasi yang boleh dimuat turun (download) secara percuma itu turut membolehkan peminat mengikuti perkembangan terkini Wins yang kini sudah 3 dekat berada dalam industri muzik tempatan terutama muzik rock.

 photo wings mobile apps_zps3so0e2hx.png

Wing Mobile Apps boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store. 

"Menerusi aplikasi ini, banyak perkara eksklusif boleh diakses peminat. Selain perkembangan terkini, peminat boleh melakukan pembelian lagu, album, tiket konsert, cenderahati selain maklumat lengkap mengenai sejarah Wings," kata Joe. 

Joe berkata, mereka menyasarkan sebanyak 5,000 muat turun aplikasi ini dan dianggarkan ia mampu mencecah dua atau tiga kali ganda pada bulan berikutnya. 

Pembelian album atau single Wings boleh dibuat dengan mudah menerusi pautan iTunes. 

"Boleh dikatakan setiap pengisian mengenai Wings adalah terkini, selain memudahkan peminat termasuk Sayap-Sayap Wings terus ke pautan laman sosial kami, Instagram, Facebook dan Twitter Wings," kata Joe lagi. 

Dalam masa yang sama, Wings turut melancarkan album live Wings Rockestra@Istana Budaya yang diadakan pada 2013 yang lalu. 

Diterbitkan dalam bentuk CD dan DVD, album berkenaan memuatkan 20 lagu untuk DVD, manakala versi CD sebanyak 16 lagu. 

Ditanya mengapa mengambil masa yang lama untuk menerbitkan konsert berkenaan dalam bentuk album, Joe berkata ia kerana mereka mahu pastikan hasilnya benar-benar bermutu. 

"Ia persembahan "live". Jadi kami mahukan ia betul-betul berkualiti. Kami mengambil masa yang lama terutama bahagian kerja penyuntingan serta adunan muzik," katanya. 

Dalam pada itu, Awie berkata, peminat bakal merasai konsert dalam album berkenaan sebagaimana penonton merasainya ketika menonton secara 'live' di Istana Budaya tidak lama dahulu. 

"Saya bangga sebab tidak ada sebarang benda pun diubah dalam setiap persembahan itu. Apa yang anda saksikan di Istana Budaya, itulah yang ada dalam album ini," katanya. 


Sumber : Harian Metro Edisi 04-03-2015 bersamaan 13 Jamadilawal 1436H   


No comments: