Artis Kita - Spekulasi Linda ‘Hilang’ Terus Panas!

KES penyampai Era, Linda Onn, yang tidak muncul mengacarakan acara permaidani merah bagi saluran Star Movies pada Anugerah Academy ke-79 baru-baru ini masih menjadi bualan hangat.

Pelbagai spekulasi dibuat akibat kegagalan Linda muncul di kaca televisyen menemubual selebriti dan artis Hollywood (bukan artis kita yea. aHAKS!) yang hadir pada anugerah terbabit.

Sehingga ke hari ini, belum dapat dipastikan alasan sebenar mengapa Linda menarik diri daripada menjalankan tugas yang diberikan kepadanya pada hari berkenaan. Begitupun antara cerita yang kini tersebar ialah berkaitan pakaian ganti yang diberikan kepada Linda, yang dikatakan tidak sesuai untuknya.

Photobucket - Video and Image Hosting
BERGAYA: Linda menghadiri ABPBH 2006 dengan mengenakan rekaan Jovian Mandagie.


Sebelum itu, Linda sendiri sudah memaklumkan kepada umum dia akan mengenakan pakaian rekaan Jovian Mandagie pada acara cukup berprestij itu.

Ketika berada di Los Angeles, pihak Star TV yang menerbangkan Linda ke sana dikatakan menerima arahan ‘pejabat orang atas’ supaya pemenang anugerah Penyampai Radio Wanita Popular enam kali berturut-turut itu memakai rekaan pereka tempatan untuk majlis anugerah berkenaan.

Dan, nama Radzuan Radzwill yang pernah mereka pakaian pengantin artis kita paling popular Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sebagai pereka tempatan yang bertanggungjawab menyediakan baju untuk digayakan oleh Linda. Difahamkan juga, pereka ini menyiapkan pakaian terbabit dalam masa sehari saja.



Bagaimanapun, Hip difahamkan tiada arahan seumpama itu dibuat oleh ‘pejabat orang atas’ yang dimaksudkan itu. Ada pula yang membuat spekulasi soal pakaian itu mungkin sekadar menjadi penyebab saja kerana barangkali wujud masalah lain dalam produksi.

Hip juga difahamkan soal pakaian yang tak kena barangkali bukanlah masalahnya kerana sebarang pengubahsuaian boleh dibuat segera.

“Ini Hollywood beb!” kata seorang orang kuat dalam industri hiburan yang enggan disebut namanya (agak-agak artis kita ke? aHAKS!). Apa-apapun tunggu sajalah penjelasan Linda yang akan kembali ke tanah air pada 5 Mac ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Star TV, Nini Yusof, ketika dihubungi masih kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa ketiadaan Linda di sesi ‘red carpet’ adalah kerana suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.



Kesal Isu Warganegara Dipersoal

BAGI Jovian, persoalan mengenai ‘pereka tempatan’ tidak seharusnya ditimbulkan kerana pada dasarnya, dia sendiri orang Malaysia. Pereka ini yang enggan mengulas panjang kerana dia sendiri belum mengetahui duduk bangun perkara itu, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan atas apa yang berlaku.

“Kenapa isu kewarganegaraan pula yang dipertikaikan? Bahkan, saya sendiri orang Malaysia. Bapa saya orang Malaysia, manakala ibu saya orang Indonesia. Saya menggunakan nama Indonesia hanya untuk tujuan promosi hasil kerja saya.

“Biarpun saya dilahirkan di Bandung, tetapi saya dibesarkan di sini sejak usia lima tahun lagi. Malah, saya juga lulus pengajian di sini (Lim Kok Wing), Februari tahun ini,” katanya yang kesal sekiranya isu kewarganegaraan menjadi punca kepada masalah terbabit dan dia mempertikaikan mengapa pihak terbabit tidak menyiasat latar belakangnya terlebih dulu sebelum mengambil sesuatu keputusan berhubung perkara itu.

Menurut pereka muda ini, apa-apa pun, keputusan tetap menjadi milik Linda dan dia cuma mampu melahirkan simpati ke atas penyampai radio itu yang akhirnya tidak dapat menunaikan impian berada di permaidani merah Anugerah Academy.

Kata Jovian juga, dia bukannya menaja pakaian Linda, sebaliknya selebriti itu membeli pakaian berkenaan daripadanya.



“Saya hendak orang ramai tahu, pakaian Linda bukan ditaja. Dia datang kepada saya, meminta saya mereka pakaian bercirikan Malaysia untuk dipakainya di Hollywood. Berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh Linda sendiri, saya mereka pakaian yang saya anggap merealisasikan impiannya itu.

“Lalu, saya tidak nampak mengapa isu itu harus ditimbulkan. Linda pun bukannya tidak memaklumkan kepada semua, yang dia akan memakai rekaan saya. Dia sudah pun memberitahu banyak pihak. Mungkin hanya kerana perkataan ‘Indonesia’, maka perkara ini terjadi,” kata Jovian ketika dihubungi.

Sambung Jovian, hasil perbincangan bersama, dia menghasilkan kebaya Melayu menggunakan kain renda Perancis berwarna hitam dan putih untuk digayakan penyampai itu. Dia sendiri amat gembira apabila Linda meminta dia mereka pakaian berkenaan untuknya. Sebelum ini, kedua-duanya pernah bekerjasama, ketika Linda memakai rekaannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, baru-baru ini.

“Kita tunggu sajalah Linda pulang ke Malaysia tidak lama lagi kerana dia sajalah yang boleh menjelaskan segala-galanya. Kasihan Linda, kerana dia memang sukakan baju yang dibelinya itu,” kata Jovian.

Nasi tambah; Kebaya Punca Linda Onn Merajuk & Linda Onn 'Hilang' Di Red Carpet













No comments: