Artis Kita - Rosnah Mat Aris Dah Taubat!






 PETALING JAYA: Pelakon veteran Rosnah Mat Aris yang dianggap "menghina" isteri Nabi Muhammad dalam program 'Sensasi' TV3 bulan lepas amat terkilan kerana isu itu terus berbangkit hingga kini walaupun selepas beliau bertaubat dan meminta maaf berkali-kali.

"Saya tidak faham. Apa lagi yang hendak suruh saya buat? Saya sudah minta maaf berpuluh kali dan saya sudahpun bertaubat dan memohon seluruh umat Malaysia memaafkan keterlanjuran saya," kata artis kita yang serba boleh ini telah pun berusia awal 50-an.

Gara-gara terlepas cakap tentang umur Siti Khadijah dalam program itu, rancangan TV3 yang makin popular itu diarah dihentikan siaran langsungnya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Artis Kita - Rosnah Mat Aris dikatakan telepas cakap tentang umur Siti Khadijah.


'Sensasi' mendapat rating tinggi sehingga mencecah 4 juta setiap kali ia disiarkan pada 11 malam Selasa selama satu jam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 16 Februari lalu menarik balik hak siaran langsung program itu dengan alasan pada 30 Jan lalu, 'Sensasi' melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dan stesen TV swasta itu didapati gagal mengambil langkah mengawal kandungan yang tidak sesuai.


Rosnah, yang cukup mengesankan membawa watak-watak dalam drama dan filem lakonannya, amat sedih bila diberitahu kemungkinan besar beliau akan digam oleh stesen-stesen TV gara-gara kenyataannya itu hujung bulan lalu.

Katanya, beliau kesal jika digam selepas mengaku bersalah dan memohon maaf kepada umum.








"Saya cukup buntu memikirkan apa yang perlu saya lakukan lagi. Apakah nak suruh saya bertaubat di padang supaya semua orang boleh lihat bahawa saya sudah benar-benar menyesal apa yang saya cakapkan itu?" tambahnya.

"Saya akui saya terlanjur mengeluarkan kata-kata yang tidak harus seseorang Islam ucapkan. Saya cukup-cukup menyesal apa yang sudah saya katakan itu."

Rancangan yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Intan Suraya itu mula mendapat perhatian setelah mengutarakan topik-topik panas di setiap episod.


Sebagai seorang ahli panel bulan lepas, Rosnah diusik oleh Awal kerana artis itu sering dilihat bertukar pasangan dengan lelaki muda.

Ekoran gelagat Awal yang mencuit Rosnah tentang pilihan cintanya itu, Rosnah telah memberikan perbandingan usia Nabi Muhammad dan isterinya Siti Khadijah.





Sejak dilanda kontroversi tersebut, Rosnah mengaku hidupnya sebagai artis sudah tidak seperti dulu lagi, termasuk dipandang sinis oleh orang ramai.

Rosnah berharap permohonan maafnya dan kecaman masyarakat, termasuk pertubuhan Islam, tidak lagi dibebankan dengan larangan muncul di stesen-stesen TV.

"Cukuplah menghukum saya. Janganlah sampai saya digam pula. Saya ibu tunggal dan ini soal periuk nasi saya.


"Saya sudah insaf sekarang. Janganlah bertindak sampai begitu sekali. Kasihankanlah saya dan anak-anak," rayu pelakon yang baru menjayakan filem 'Qabil Kushry Qabil Igam' sebagai bidan kampung.

"Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya selepas peristiwa ini. Janganlah mainkan isu ini lagi, tolonglah," pintanya berkali-kali.






Rosnah sekarang berada di lokasi penggambaran drama 'Dewi Cinta' di Johor Baru sehingga bulan depan.


Mesti baca; Kontroversi Rosnah Mat Aris: Jakim Minta Rakaman TV3 dan 'Sensasi' TV3 diharamkan akibat ucapan Rosnah

Sumber : mSTAR Online



Artis Kita : "Besar sangat ke dosa Makcik Rosnah ni? Aku no komen la kan. Tapi Aku berjaya jumpa satu sedutan video rancangan 'Sensasi' tu. Korang semua tengok dan nilaikan la sendiri yeak. Kalo rase tak puas hati sangat, komen jer kat bawah tu. Ahaks!"



No comments: