Lisa Surihani Sah Hamil

Kuala Lumpur - Desas desus berita kehamilan pelakon Lisa Surihani akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan perkara berkenaan semalam. 

Lisa, 30, ketika ditemui selepas pelancaran treler filem Cicakman 3 berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkara berkenaan, namun disebabkan usia kandungannya masih baru dia lebih selesa berdiam diri saja.

 photo Lisa Surihani Hamil_zpsdvz6paen.jpg
Muka depan Harian Metro 29-01-2015

"Saya tidak berniat merahsiakan perkara ini daripada umum, namun disebabkan kandungan terlalu awal saya perlu mengikut nasihat orang tua supaya tidak mewar-warkan perkara berkenaan." 

"Pun begitu, saya tidak dapat memberitahu usia sebenar kandungan saya" katanya. 

Terdahulu Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Yusri Abdul Halim pada 23 Februari 2012. 

Sumber : Harian Metro Edisi 29-01-2015 bersamaan 8 Rabiulakhir 1436H

No comments: