Dadah - Benjy Kena Tangkap Lagi

Benjy Ditangkap Kali Ketiga - "Anak arwah" Azean Irdawaty ditahan bagi membantu siasatan kes dadah.

KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan bersama seorang wanita dan seorang lelaki di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak di sini pada Khamis lalu bagi membantu siasatan kes memiliki dan mengambil dadah.

 photo Kes Dadah Benjy2_zpsk6pjwbml.jpg

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Adnan Azizon berkata, Benjy, 37, dan dua yang lain ditahan pada pukul 9.30 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan mencurigakan di hotel bajet tersebut.

"Semasa serbuan di bilik hotel itu, pasukan JSJN Kuala Lumpur mendapati Benjy, seorang wanita dan seorang lelaki lain berada di bilik hotel tersebut."

 photo Kes Dadah Benjy1_zpsw1vxgg8l.jpg

"Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bungkus kecil dadah disyaki jenis syabu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Adnan memberitahu, pemeriksaan lanjut kemudian menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi di dalam sebuah beg yang berada di bilik hotel itu.

"Milik siapa pistol angin tersebut masih disiasat, begitu juga tujuan pemilikan senjata itu belum diketahui," kata beliau.

Benjy dan dua rakannya kemudian ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum direman sehingga 8 Mac ini.  

Mereka ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata. 

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) mereka boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan sebatan rotan tidak kurang 10 kali. 

Ini merupakan kali ketiga Benjy anak lelaki tunggal arwah seniwati Azean Irdawaty ditahan berkaitan dadah. 

Azean meninggal dunia pada 17 Disember 2013 kerana kanser payudara.

Info Khaeryyl Benjamin Ibrahim @ Benjy 

 photo Info Khaeryyl Benjamin Benjy_zpssrhaveeb.jpg

Kes penangkapan dadah berkaitan Benjy

 photo Kes Dadah Benjy3_zpspyrhgilk.jpg

Sumber : Kosmo! Edisi 07-05-2015 bersamaan 16 Jamadilawal 1436H
 

No comments: