Anuar Zain 3 Dekad

Konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari di Singapura, Februari ini

Tiada siapa yang mampu menidakkan pesona seorang bintang yang dimiliki penyanyi popular Anuar Zain.

Secara peribadi, pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain, 44, mengakui dia bersyukur dengan pencapaiannya dalam bidang seni tempatan. 

"Selain anggota keluarga, peminatlah yang beri kekuatan kepada saya untuk terus bertahan dan mengharungi jatuh bangun dalam bidang seni. Terus terang, saat paling bahagia buat saya ialah apabila dapat membahagiakan peminat ketika membuat persembahan di atas pentas," katanya.

 photo Anuar Zain 3 Dekad_zpskc39whsx.jpg
Wajah kacak terbaru Anuar Zain tahun 2015

"Impian saya dalam karier seni ialah untuk mengadakan lebih banyak konsert mega khusus untuk menghargai peminat setia di luar sana. Selepas kejayaan Konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari yang dihadiri 6,000 penonton di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2013, saya akan mengadakan konsert sama di Singapura pada Februari ini. Saya berharap dapat membuat persembahan yang lebih mantap lagi dalam konsert itu nanti," katanya. 

Anuar ditemui pada majlis pelancaran CD, VCD dan DVD konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari yang berlangsung di pawagam TGV, One Utama, Damansara di sini baru-baru ini. 

Konsert 3 Dekad di Singapura

Mengulas lanjut mengenai konsert di Singapura, penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini menyatakan ia khusus untuk menghargai semua peminat di negara Kota Singa itu. 

Konsert Anuar Zain, Three Decades Of Music Live In Singapore itu akan berlangsung pada jam 8 malam di The Star Theater pada 7 Februari nanti.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan dan jualan tiket konsert juga sangat menggalakkan di sana. Dari segi pemilihan lagu dan konsep sama saja seperti konsert yang telah berlangsung di Shah Alam. Cuma ada sedikit yang kita ubah untuk disesuaikan dengan cita rasa peminat di Singapura," katanya. 

Album Baru 

Ditanya perancangan album baru pula, kata Anuar, bingkisan album penuhnya dijangka siap tahun ini. 

"Jika artis lain memilih untuk muncul dengan single demi single, saya pula merancang untuk muncul dengan album penuh untuk kepuasan diri dan peminat." 

"Kali ini saya juga mendapatkan khidmat komposer tempatan kerana tidak mahu orang anggap saya hanya menggunakan khidmat komposer luar saja. Setakat ini sebanyak 6 buah lagu telah siap dirakamkan di studio dan hanya tinggal 2 lagi lagu untuk dimuatkan dalam album penuh ini," katanya. 

Lancar Buku 'Coffee Table' Konsert Tiga Dekad

Bagi peminat yang tidak berpeluang menyaksikan konsert Anuar Zain sebelum ini, mereka masih boleh mendapatkan album khas yang juga rakaman konsert itu dalam bentuk CD, VCD dan DVD yang akan berada di pasaran pada 15 Februari depan. 

Majlis tayangan konsert itu pula akan diadakan pada tarikh sama jam 3 petang di TGV One Utama. 

Pada majlis itu, Anuar turut berkongsi cerita mengenai buku 'coffee table'nya berjudul Konsert Anuar Zain - 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

 photo Anuar Zain 3 Dekad - Coffee Table_zpssabp9qpc.jpg

"Buku itu memuatkan koleksi foto sepanjang konsert yang berlangsung di Shah Alam 2 tahun lalu termasuk kerja di belakang tabir. Ia adalah hadiah istimewa buat peminat. Selain itu, foto yang diambil sepanjang konsert turut dimuatkan di dalam buku itu."

"Buku itu masih dalam proses dan maklumat terkini mengenainya akan diberitahu menerusi syarikat pengurusan Anuar Zain Network," katanya.

Trivia Anuar Zain 

# Lagu Kain Pelikat yang juga duetnya dengan Elina masih menjadi siulan peminat sampai sekarang. 

# Tidak mempunyai akaun peribadi Fecebook, Twitter & Instagram kerana fobia dengan laman sosial berkenaan.

# Pengalaman menjaga bapanya, Zain Abdullah, 76, yang juga penghidap penyakit jantung membuatkan dia bertekad untuk menubuhkan kumpulan sokongan, Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital Institut Jantung Negara bagi membantu penghidap penyakit berkenaan. 

# Ibu bapanya pernah berhasrat mencarikannya jodoh kerana risau dia masih membujang pada usia 43 tahun. 

# Pernah digosipkan bercinta dengan Dayang Nurfaizah tetapi dia mengakui hubungan mereka rapat seperti adik-beradik.

Mengapa Anuar Zain masih solo? Hampir 450 orang telah baca; Solo Anuar Zain   


Sumber : Harian Metro Edisi 29-01-2015 bersamaan 8 Rabiulakhir 1436H            

No comments: