Che Ta - Rozita Che Wan Sah Mengandung

KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Rozita Che Wan semalam melalui laman Instagram miliknya mengumumkan berita gembira tentang kehamilannya selepas 4 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin, 30.


 photo cheta-mengandung_zps49957640.jpg 
Rozita, 41, ketika dihubungi berkata, dia terkejut kerana dikurniakan cahaya mata dalam tempoh yang cepat namun bersyukur dengan rezeki yang diterima. 

"Berita kehamilan ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya semalam (kelmarin). 

Suami saya merupakan individu yang paling teruja. Bagaimanapun saya tak nafikan agak gementar kerana kali terakhir melahirkan anak ialah kira-kira 16 tahun yang lalu," katanya semalam. 

Pelakon jelita ini mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 11 Disember 2013 di Setia City Centre, Shah Alam, Selangor. 

Melalui perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya, Azuar Effendy Zulkaply, Che Ta dikurniakan 2 orang anak iaitu Ammar Effendy, 18 dan Aniq Ezzra, 16. 



Sumber : Kosmo! Edisi 11-03-2014 bersamaan 9 Jamadilawal 1435H



No comments: