Rahsia Subur Che Ta

Kuala Lumpur: “Mahu anak cepat, kenalah lebihkan masa dengan suami. Itu yang saya buat. Syukur, Allah SWT makbulkan doa kami suami isteri,” kata Rozita Che Wan atau Che Ta menjawab rahsia dia mudah hamil pada usia 41 tahun.


Pelakon jelita ini berkata, suaminya Zain Saidin mahu menimang zuriat secepat mungkin dan kerana itu dia mengurangkan aktiviti seni sejurus berkahwin pada Disember lalu. 

 photo ZainSaidinampCheTa_zps3938022a.jpg  


Dengan cara itu, dia dapat menumpukan perhatian terhadap suami dan kalau pun keluar bekerja tidak mengambil masa lama.
“Kebanyakan masa memang dengan Zain. Adalah juga berlakon sikit-sikit, tapi taklah sampai larut malam. 

“Sempat juga pantau perniagaan Padusi Tudung dan syarikat produksi Padusi Pictures yang saya usahakan.  

“Pendek kata, lepas berkahwin, saya banyak rehat dan elakkan kerja berat,” katanya yang kini bercuti di Paris, Perancis bersama Zain selama seminggu.
Kata Che Ta, mengamalkan pemakanan sihat mungkin turut membantu memudahkan kehamilan. 

Sejak bergelar isteri, dia lebih prihatin soal pemakanan, termasuk melebihkan pengambilan ulam-ulaman dan mengurangkan makanan berminyak. 

"Selebihnya tidak ada rahsia atau amalan, Soal zuriat, kita kena berpegang pada rezeki. Sudah tertulis rezeki saya cepat dan syukur pada usia begini berpeluang hamil lagi," katanya. 

Che Ta dijangka bersalin November depan berkata dua puteranya hasil perkahwinan terdahulu Ammar Effendy dan Aniq Ezra teruja menanti kelahiran adik mereka. 

"Anak-anak gembira apabila tahu saya hamil dan tak sabar-sabar mahu timang. Iyalah sudah lama saya tidak ada anak kecil. Kehadiran bayi yang bakal saya lahirkan ini memang dinanti," katanya yang mudah terasa penat kebelakangan ini.

Lagi; Che Ta Sah Hamil 


Sumber : Metro Ahad Edisi 11-05-2014 bersamaan 11 Rejab 1435H  




No comments: