Zizan Razak 'Rujuk' Emma Maembong?

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara Zizan Razak, 30, mengaku dia kini dalam proses memujuk hati bekas kekasihnya, pelakon Emma Maembong, 22, untuk kembali selepas Emma mengeluarkan kenyataan telah putus cinta dengan pelawak tersebut kelmarin dalam sebuah portal.

 photo ZizanRazak-EmmaMaembong_zps321ae702.jpg
Muka hadapan Kosmo! Edisi 09-01-2015


"Memang kami telah berpisah tetapi sekarang saya dalam proses untuk pujuk Emma kembali," kata Zizan ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak juga tidak menolak perpisahan itu berpunca daripada keinginannya untuk membeli sebuah kereta mewah. 

Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail tidak membenarkannya membeli kereta mewah kerana menganggap ia satu pembaziran. 

"Emma orang yang sederhana, memang dia menentang niat saya untuk membeli kereta mewah dan perkara itu membuatkan kami berselisih faham," kata Zizan. 

Tambahnya, banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada keretakan hubungan mereka yang mula terjalin pada pertengahan tahun lalu itu, antaranya kesibukan kerja Zizan selain gosip yang mendakwa Emma mengikis hartanya. 

 photo ZizanRazak-EmmaMaembong2_zpsa3936fd6.jpg

"Saya sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersamanya selain gosip yang mendakwa Emma mengikis duit saya. Perkara itu bukan sahaja menyebabkan Emma tertekan tetapi saya juga merasa benda yang sama," ujar Zizan lagi. 

Terdahulu mereka berdua yang pernah digandingkan dalam drama Hantu Selfie telah mula bercinta sejak tahun 2013. 

Mereka berdua juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas Zizan dan Emma pernah digosipkan telah mengambil gambar praperkahwinan di Jepun sekitar Ogos tahun 2014.

Kronologi Cinta Zizan Razak & Emma Maembong 
 photo kronologi-cinta-Zizan-Emma_zps40ef93e9.jpg


Sumber : Kosmo! Edisi 09-01-2015 bersamaan 18 Rabiulawal 1436H  

 

No comments: