Pernah Bercinta - Fazura Bekas Shaheizy Sam?

Aktor Shaheizy Sam Abdul Samad atau Sam, 32, cukup jarang dilanda kontroversi hangat. 


Bagaimanapun baru-baru ini nama Sam menjadi sebutan gara-gara pengakuan secara terbuka aktres Nur Fazura Sharifuddin di dalam program realiti televisyen miliknya, Facing Up To Fazura menerusi saluran berbayar E! yang mendedahkan, Sam merupakan bekas kekasihnya.

 photo ShaheizySam-Fazura_zpsb2dc5100.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 05-01-2015


Dia menyatakan, mereka pernah bercinta sekitar tahun 2013, yang bibit percintaannya dimulai sewaktu sama-sama terbabit di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia. 


Walaupun pengakuan itu tentang kisah lampaunya, namun ia telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat yang menonton program tersebut  kerana sebalum ini baik Sam atau Fazura tidak pernah membuat pengakuan bercinta atau dilihat secara terbuka sebagai pasangan kekasih. 


Kosmo! menghubungi Sam bagi mendapatkan pengesahan daripada mulut beliau sendiri tentang cinta lampau dengan Fazura. 


                                                                                      Kosmo! 
Selamat tahun baharu. Awal tahun, nama Sam sudah hangat gara-gara pengakuan Fazura yang mengaku Sam sebagai bekas kekasihnya, Adakah berita ini benar?


Sam
Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Ketika penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, saya keluar dengan Megan Fox (ketawa).


Kosmo!
Adakah anda tahu tentang pengakuan Fazura di sebuah program realiti televisyen? 


Sam
Sejak menjadi pelakon, saya terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk tonton televisyen. Ada rakan beritahu kepada saya tentang pengakuan itu tetapi saya tidak tahu secara terperinci kerana tidak menonton program tersebut. 

Jadi saya tidak pasti apakah jawapan yang tepat harus saya berikan. Lebih baik saya tidak perlu jawab.

\
Kosmo!
Selama ini anda tidak pernah membuat sebarang pengesahan hubungan cinta dengan mana-mana wanita meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa anak seni. Adakah anda terkejut apabila aktres itu membuat pengakuan secara terbuka? 


Sam 
Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini. Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan berkongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. 

Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsikan bersama peminat atau sesiapa. 

Jika bercakap tentang kahwin, 2 tahun lepas saya sudah terasa ingin berkahwin tetapi jodoh saya agak lambat (ketawa). 


Kosmo!
Selepas ini, adakah anda masih akan bekerjasama dengannya selepas hubungan cinta kalian putus? 


Sam 
Saya dan dia berkawan dan saya mengaku hubungan kami rapat. Kami tidak ada sebarang masalah jika bertemu dalam set penggambaran atau bekerjasama pada masa hadapan.
 


Kosmo!
Khabarnya, anda kini mengembangkan wang anda dalam pelaburan. Boleh kongsi?


Sam
Jika tidak berlakon, saya akan meninjau mana-mana perniagaan yang dirasakan berpotensi untuk saya melabur. 

Saya berterima kasih pada David Teo kerana dia banyak mengajar saya untuk mengurus wang dengan betul secara konsisten supaya masa depan lebih terjamin. 

Bagi saya, pelaburan lebih sesuai untuk saya berbanding ada perniagaan sendiri. Jika saya buka perniagaan dengan jadual penggambaran yang padat, saya tidak akan ada masa menguruskan perniagaan tersebut. 


Kosmo!
Apakah perkembangan aktiviti seni anda pada tahun 2015 ini?


Sam
Tahun ini saya tidak aktif seperti dahulu yang mana saya sapu sahaja tawaran yang datang janji ada kerja. 

Sebaliknya, tahun ini saya akan lebih memilih skrip yang mampu mengguris emosi saya sebagai pelakon. Maknanya, skrip yang bagus dan mampu membuat profil lakonan saya lebih baik daripada sebelum ini.


Sumber : Kosmo! Edisi 05-01-2015 bersamaan 14 Rabiulawal 1436H


  

No comments: