'Melodi Ahlan' Album Terakhir Waheeda

Penglibatan penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Wassini ini baru saja menginjak enam tahun.

Tidak dinafikan, walaupun sudah lebih tiga tahun tidak mempunyai sebarang album, nama Waheeda masih kukuh di persada seni berikutan pembabitannya sebagai pencipta lagu serta kemunculannya di dalam beberapa buah filem.

Namun sebenarnya dalam diam gadis berusia 29 tahun ini sibuk menyiapkan album penuh keduanya yang memakan masa hampir setahun setengah. Penat lelah Waheeda akhirnya berbaloi apabila album terbarunya, Melodi Ahlan bakal berada di pasaran tidak lama lagi.


Photobucket - Video and Image Hosting
Waheeda sedia berundur dari bidang nyanyian bila-bila masa saja


Pastinya kemunculan album terbaru penyanyi yang popular dengan imej bertudung ini amat dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya.

Namun, dalam keceriaan Waheeda menceritakan mengenai album terbarunya itu tatkala berkesempatan menemuinya baru-baru ini, dia meluahkan hasratnya untuk berundur daripada bidang nyanyian tidak lama lagi.

“Sebenarnya, saya memang sudah bersedia untuk tinggalkan bidang nyanyian ini bila-bila masa saja. Bukan merajuk atau tidak puas hati dengan mana-mana pihak, tetapi saya merasakan jiwa saya lebih kepada penciptaan lagu, bukan sebagai penyanyi.

“Sedikit demi sedikit saya akan cuba ‘keluar’ daripada bidang nyanyian dan hanya beri tumpuan pada penciptaan lagu sahaja. Berkemungkinan ‘Melodi Ahlan’ akan menjadi album terakhir saya,” ujar Waheeda.

Menurutnya, dia sama sekali tidak merasa rugi untuk meninggalkan kerjaya seninya yang kini sedang memuncak. Yang penting, luah Waheeda, cintanya pada muzik masih kental walaupun sudah tidak bergelar penyanyi lagi.

“I love music so much! Saya akan terus dengan minat saya untuk mencipta lagu untuk mana-mana penyanyi. Saya tidak rasa tindakan saya mengecewakan peminat kerana saya masih berada di dalam industri ini walaupun hanya di belakang tabir,” tambahnya.

Kata Waheeda lagi, selain mencipta lagu, dia juga akan menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai Pengarah Pemasaran di sebuah syarikat penerbitan yang baru disandangnya beberapa bulan lalu.

“Kemungkinan akhir tahun ini saya akan ke Dubai, menguruskan aktiviti pemasaran syarikat ini di sana. Saya sendiri tidak tahu berapa lama saya akan ditugaskan di sana.

“Sebab itu, jika saya jadi ke Dubai, saya mungkin akan terus berhenti menyanyi tahun ini juga,” ujarnya.

Ditanya tentang kerjaya barunya itu, Waheeda berkata, dia memang sudah lama ingin meibatkan diri di dalam bidang tersebut kerana minat, selain untuk mengaplikasikan semula apa yang telah dipelajarinya ketika mengikuti pengajian di dalam jurusan pemasaran di Kolej Ikram beberapa tahun yang lalu.

‘Melodi Ahlan’ tampil kelainan

Bagi yang pernah mendengar lagu Melodi Ahlan yang kini sedang hangat diputarkan di corong-corong radio, pasti sedar akan kelainan muzik yang dibawa oleh penyanyi ini, berbanding lagu-lagu di dalam album pertamanya dulu.

Menurut Waheeda, dia mengaku album ini memang mempunyai kelainan namun masih berkonsepkan world music.

“Lima daripada 10 buah lagu adalah ciptaan saya sendiri, manakala selebihnya adalah lagu-lagu ciptaan composer lain seperti Yassin, Cat Farish dan Hafiz UNIC.

“Menariknya, untuk lima buah lagu ciptaan saya itu, saya mengenengahkan lirik-lirik yang terdiri daripada lima bahasa iaitu Arab, Inggeris, Spanish, Hindi dan Shwahili (Afrika).

“Lirik-lirik tersebut adalah hasil karya rakan-rakan saya sendiri. Sengaja saya beri peluang ini kepada mereka agar mereka dapat ketengahkan bakat masing-masing,” kata Waheeda.

Selain Melodi Ahlan, empat buah lagu lain ciptaannya adalah Sindiran, Mahmum, I Sent a Prayer for You Today dan Aku Ana.

Lebih bermakna lagi, album yang didekasikan khas untuk keluarga, rakan-rakan dan peminatnya sendiri ini turut menyaksikan penampilan adik lelakinya, Mohd Khairuddin bermain gitar untuk beberapa buah lagu ciptaan Waheeda.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan album ini. Lagipun, 50 peratus kos produksi adalah ditanggung oleh saya sendiri. Insyaallah, kemungkinan album ini akan dilancarkan pada 20 Mac ini,” jelas Waheeda lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini juga turut ditawarkan mencipta lagu untuk album runut untuk sebuah filem.

“Setakat ini, semuanya masih di dalam perbincangan. Namun, saya memang amat terharu dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka kerana bukan mudah... [lagi]


Sumber : mSTAR Online


No comments: