Klip Video Lucah : Ella Aib!

SEBAGAI insan biasa, Ratu Rock popular tanah air, Ella mengakui dirinya tertekan sejak dirinya dikaitkan dengan isu klip video lucah yang hangat disebarkan di Internet, baru-baru ini.

Malah, Ella, 41, berkata itulah antara ujian paling hebat diterimanya sejak bergelar anak seni, dua dekad lalu.

“Insiden itu cukup mengaibkan diri saya dan maruah sebagai artis. Tapi, saya kena tabah bila berhadapan dengan ujian seperti itu. Saya tidak perlu takut kerana berada di pihak yang benar. Apa yang penting, saya dan keluarga perlu menangani fitnah ini dengan cara yang baik.

“Sejak klip video lucah itu tersebar, tidak henti-henti orang ramai termasuk peminat di luar negara bertanyakan insiden itu kepada saya tidak kira siang atau malam.

“Bagi memberi penjelasan berhubung isu itu saya akan membuat sidang akhbar bersama pihak media cetak dan elektronik tidak lama lagi.



“Saya sudah menonton video itu dan sudah pasti ia bukan diri saya dan Jojie (kakak kandung dan pengurus Ella) seperti yang disebarkan di Internet itu,” katanya.

Ella berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, Ogos lalu sebaik saja mendapat tahu mengenai insiden itu di akhbar.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ISU klip video lucah : Ella akan membuat sidang akhbar bersama pihak media cetak dan elektronik tidak lama lagi.


“Pihak polis juga memandang serius jenayah siber ini dan memberi keutamaan kepada kes saya.

“Saya berharap pihak tidak bertanggungjawab itu mendapat hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Saya juga serahkan kepada pihak polis untuk mencari dalang yang bertanggungjawab menyebarkan klip video lucah itu kerana percaya dengan kewibawaan pihak polis di negara ini,” katanya.


Apapun, kata Ella, dia berasakan ada orang yang lebih teraniaya darinya yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya masih terbayang kekejaman yang dilakukan pada kanak-kanak malang yang didera secara seksual dan dibunuh, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mendapat liputan meluas di akhbar tempatan kebelakangan ini.


“Apa anda rasakan kalau jenayah kejam itu menimpa anak atau anak saudara anda sendiri?” katanya.


Pada majlis itu, Ella juga enggan berkongsi cerita mengenai teman istimewa atau rancangan perkahwinan yang diuar-urkannya berlangsung pada hari ulang tahunnya ke-41, sebelum ini.

“Bagi saya ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan peminat. Apapun, saya akan menjemput pihak media bila tiba masanya nanti,” katanya.



Mengenai aktiviti Ramadan, penyanyi yang popular dengan lagu Rama-Rama ini berkata jadual kerjanya sentiasa padat termasuk memenuhi undangan majlis berbuka puasa.

“Saya baru siap buat klip video Sekilas Cinta. Saya juga jarang berbuka puasa bersama ibu di Klang, Selangor kerana sibuk bekerja. Saya beruntung kerana ibu cukup memahami komitmen saya pada bidang seni.

“Saya juga baru menandatangi kontrak untuk projek khas persembahan tapi belum dapat kelulusan dari syarikat rakaman EMI lagi.

“Setakat ini, perniagaan produk kecantikan saya juga memberangsangkan. Saya juga ada buat pertukaran sikit dari segi pakejnya.



“Selain itu, saya akan buat pengumuman mengenai hal peribadi dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Seperti biasa, tahun ini Ella akan pulang berhari raya di rumah ibunya di Klang, Selangor.

“Selain menziarahi kubur bapa, saya sekeluarga akan menziarahi saudara mara terdekat sekaligus mengeratkan silaturahim. Rumah saya juga sentiasa terbuka buat peminat yang berkunjung pada hari raya.



“Antara nostalgia pagi raya yang sukar dilupakan ialah saat mencium tangan ibu tercinta kerana setabah manapun, pasti air mata saya menitis di pipi,” katanya.







2 comments:

Mohd Faizal said...

Kesian kt kakak Ella...SAYE MIZAH SAYE DUDUK BATU PAHAT...SAYE PEMINAT ELLA..AND SAYE MASIH BERSEKOLAH TINGKATAN 1..SETIAP LAGU ELLA SAYE SUKE...MASA SAYE MENDAPAT VIDEO ELLA DENGAN ABG JOJIE SAYE YAKIN YG DLM VIDEO ITU BKN ELLA YG SEBERNANYE... KERNA SAYE THU ELLA X AKAN BUAT MCM ITU...SAYE ANGGAP ELLA MCM KAKAK SAYE SNDIRI..KALAU SUDI KNL WECHAT OR WHATSAPP LH YE...NI NO TEL SAYE 0127734920...TQ

Mohd Faizal said...

BILE SAYE DH BESAR NANTI ..SAYE INGIN MENJADI ARTIS MCM KAK ELLA..SAYE BERHARAP AGAR SAYE MENCAPAI CITA2 SAYE TERSEBUT..